Home Buletin Semasa MANGSA LEMAS DITEMUI DI SUNGAI ARING 2

MANGSA LEMAS DITEMUI DI SUNGAI ARING 2

311
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang disyaki lemas selepas terjun ke dalam Sungai Aring 2 di sini akhirnya ditemukan pagi ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan pelbagai agensi.

Mangsa, dikenali Mohd Kaswadi bin Ahmad, 42 tahun, dilaporkan terjun ke dalam sungai pada Selasa kira-kira jam jam 9.21 malam selepas dipercayai melarikan diri.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Azizi Che Noh dalam kenyataan memaklumkan pencarian bermula seawal jam 8.30 pagi dan mayat mangsa akhirnya ditemui pada jam 12.20 tengah hari.

Turut membantu ialah enam anggota polis dengan kekuatan logistik tambahan, termasuk dua bot bomba dan satu bot PDRM.

Semalam, IMedikel TV melaporkan seorang lelaki dilaporkan lemas selepas terjun ke dalam Sungai Aring 2, di sini, masih belum ditemui.

Mangsa dikatakan melompat ke dalam sungai dan tidak timbul selepas itu, menyebabkan mangsa dipercayai lemas.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here