Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI EMPAT NEGERI DIREKODKAN MENURUN

MANGSA BANJIR DI EMPAT NEGERI DIREKODKAN MENURUN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir menurun hari ini iaitu hanya di empat negeri berbanding enam negeri semalam.

Menurut portal infobencana JKM jumlah mangsa terkini setakat jam 3.00 petang adalah 546 orang daripada 150 keluarga.

Empat negeri tersebut ialah Terengganu, Perak, Johor dan Pahang ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jumlah mangsa banjir di Terengganu 230, Perak 176, Johor 139 dan Pahang 1.

Bagaimanapun menurut portal publicinfobanjir hanya satu sungai di Pahang iaitu Sungai Pahang di Waterfront, Bera melepasi tahap bahaya.

Manakala Sungai Golok di Rantau Panjang, juga melebihi tahap bahaya namun trend air menunjukkan trend menurun.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here