Home Buletin Semasa 10,150 METRIK TAN STOK PENIMBAL IKAN MUSIM BANJIR

10,150 METRIK TAN STOK PENIMBAL IKAN MUSIM BANJIR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan 10,150 metrik tan stok penimbal sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM Rashima Baharuddin berkata ianya boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja disebabkan stok ikan sangat terjejas pada masa sekarang.

“Ini kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.

“Pihak kami menjalankan kerjasama dengan persatuan nelayan, lima syarikat swasta dan selebihnya stok ikan sejuk beku Q-Fish dengan jumlah keseluruhan 10,150 metrik tan stok penimbal,” katanya kepada pemberita selepas Program Skuad Ihsan MADANI dan Penyampaian Bantuan Banjir Kepada Nelayan Tumpat di LKIM Tumpat, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, sepanjang musim banjir gelombang pertama, pihaknya turut mengagihkan stok ikan sejuk beku Q-Fish di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here