Home Segmen Kesihatan MANFAAT VITAMIN C

MANFAAT VITAMIN C

251
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Vitamin c kebiasaannya diambil oleh orang yang kekurangan vitamin c dalam badan. Vitamin C merupakan antara jenis nutrien yang sangat penting untuk kesihatan tubuh.

Antara kegunaan suplemen vitamin C ini ialah seperti:

  1. Membantu mengatasi kekurangan Vitamin C dalam badan.
  2. Penghasilan kolagen. Seterusnya, vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri.
  3. Mematikan sel kanser. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ianya didapati bahawa vitamin C dengan ciri-ciri antioksida ini merupakan sebuah bahan dalam membantu mematikan sel kanser.
  4. Menghasilkan kulit yang berseri. Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ini merupakan idaman semua wanita pada masa kini.
  5. Membantu menghindari jangkitan kuman. Hal ini kerana vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal.

Walaubagaimanapun, suplemen vitamin C mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Oleh itu, golongan yang menggunakannya haruslah berhati-hati dan menggunakannya atas nasihat dan arahan doktor sahaja.

  1. Kerosakan ginjal. Vitamin C berlebihan akan mengganggu fungsi ginjal dan lama kelamaan akan mengakibatkan kerosakan. Selain itu juga, suplemen vitamin C ini didapati boleh menghasilkan batu dalam ginjal dan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah dengan saluran air kencing.
  2. Cirit-birit serta sakit perut. Vitamin C akan mengganggu saluran pencernaan dalam badan dan menyebabkan berlakunya irritasi yang akan membawa kepada terjadinya cirit-birit serta sakit perut.

Suplemen vitamin C mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya pengambilannya mengamalkan beberapa tabiat buruk. Antara tabiat yang harus dihentikan ialah seperti:

  1. Berhenti merokok
  2. Berhenti minum minuman beralkohol
  3. Cuba elakkan minum minuman yang mengandungi caffeine
  4. Cuba elakkan minum air kelapa

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here