Home Buletin Semasa MAHASISWA UMT TEROKAI INDUSTRI KECANTIKAN BERSAMA IMEDIKEL 

MAHASISWA UMT TEROKAI INDUSTRI KECANTIKAN BERSAMA IMEDIKEL 

42
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA TERENGGANU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) terus memperkukuh kerjasama industri dan institusi pengajian tinggi apabila dijemput mengendalikan bengkel formulasi produk kosmetik sempena Program KK Mahir: Beauty Convergence Summit (Be-iCONS) 2026 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.

Menerusi program tersebut, anak syarikat IMPHB iaitu IMedikel Healthcare (M) Sdn Bhd mengendalikan slot “Hands-On Workshop: Formulate Your Own Facial Cleanser” yang disertai kira-kira 40 mahasiswa UMT.

Bengkel berkenaan diketuai oleh Timbalan Presiden IMPHB, Hasnah Zakaria bersama pasukan Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) IMedikel Pharma.

Hasnah berkata, pendedahan secara langsung kepada proses pembangunan dan formulasi produk kosmetik mampu meningkatkan kefahaman mahasiswa mengenai peluang kerjaya serta keusahawanan dalam industri kecantikan yang semakin berkembang.

“Program seperti ini bukan sahaja memberi pengetahuan teori, malah membuka peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari proses sebenar penghasilan produk kosmetik, sekali gus meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri mereka,” katanya.

Menurut beliau, sesi bengkel dimulakan dengan pembentangan mengenai profil syarikat, perkhidmatan kontrak pengilangan, proses pembuatan produk serta asas formulasi kosmetik yang diamalkan dalam industri.

“Para peserta kemudiannya berpeluang menghasilkan sendiri formulasi dan sampel produk pencuci muka berasaskan air dan minyak dengan bimbingan kakitangan R&D IMPHB.

“Aktiviti berbentuk praktikal itu membolehkan mahasiswa memahami setiap peringkat pembangunan produk, bermula daripada pemilihan bahan mentah, formulasi sehingga kepada penghasilan produk akhir,”katanya.

Beliau berkata, penglibatan industri dalam program pembangunan mahasiswa amat penting bagi merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan sebenar industri.

“Kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan sektor industri dapat melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing serta mempunyai nilai tambah dalam bidang keusahawanan dan kecantikan,” katanya.

Beliau turut menyambut baik penganjuran program seumpama itu dan berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan pada masa hadapan bagi memperkukuh pembangunan bakat muda dalam industri pembuatan produk kecantikan negara.

Program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) UMT dengan kerjasama Kelab Sains Kimia (KESMIA) UMT itu bertujuan memperkasakan mahasiswa melalui gabungan elemen keusahawanan dan kemahiran dalam industri kecantikan.

Hadir sama Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Korporat IMPHB, Mohd Firdaus Mohamed Yusoff. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here