Home Buletin Semasa LORI TERLANGGAR PALANG AMARAN DI GUA MUSANG

LORI TERLANGGAR PALANG AMARAN DI GUA MUSANG

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Sebuah lori muatan penghawa dingin terlanggar palang amaran kenderaan berat di Jalan Taman Wangi, Gua Musang, awal pagi tadi, mengakibatkan kerosakan pada palang dan tiang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 4.00 pagi apabila lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu, gagal mengawal kenderaan lalu melanggar palang amaran di lokasi berkenaan.

“Ketika sampai di lokasi, lori berkenaan telah terlanggar palang amaran kenderaan berat menyebabkan palang patah dan tiang terbalik. Namun kemalangan hanya melibatkan kerosakan.

“Pemandu lori boleh disabitkan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, yang mana jika disabitkan boleh dikenakan denda antara RM300 hingga RM2,000. Pemandu juga disaman di bawah Kaedah 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan dengan denda RM300,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan semua pemandu, terutamanya pemandu kenderaan berat, untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi isyarat lalu lintas bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here