Home Buletin Semasa LORI BALAK TERBABAS JATUH GAUNG

LORI BALAK TERBABAS JATUH GAUNG

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Sebuah lori balak dilaporkan terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di sekitar Jalan Gua Musang – Kuala Betis, di sini hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II, Nik Mohd Fakri Md Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 2.44 petang tadi.

“Lapan anggota bomba dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang segera diarahkan ke lokasi kejadian.

“Mereka tiba pada jam 2.52 petang.

“Setibanya bomba di lokasi, didapati benar kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori balak telah terbabas dan masuk ke dalam hutan di tepi jalan.

Jelasnya komunikasi GIRN (Government Integrated Radio Network) dan telefon tiada sambungan dan liputan.

Bagaimanapun pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Operasi menyelamat tamat pada jam 3.17 petang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here