ABIDJAN: Ademola Lookman meledak dua gol dalam kemenangan 2-0 Nigeria ke atas seteru lama, Cameroon dan mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Nigeria menyaksikan gol awal Semi Ajayi dibatalkan selepas penilaian VAR tetapi asakan bertali arus oleh Victor Osimhen membolehkan Lookman membuka jaringan pada minit ke-36.
Lookman memastikan kemenangan pada minit ke-90 aksi di Stadium Felix Houphouet Boigny di Abidjan.
Mereka akan kembali ke gelanggang sama untuk aksi suku akhir bertemu Angola, yang sebelum itu menewaskan Namibia 3-0.
“Ia persembahan hebat daripada pasukan, kami berjuang dari minit pertama hingga ke-100,” kata Lookman.
Super Eagles yang diterajui Osimhen di barisan hadapan, adalah pencabar utama juara bertahan, Senegal, dalam usaha mereka memburu gelaran keempat di kejohanan itu.
Kemenangan itu cukup bermakna buat Nigeria, yang tewas tiga kali kepada Cameroon dalam penentuan kejuaraan AFCON. – AFP,BH Online-
Imedikel TV






