Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Lima individu termasuk seorang wanita direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan seorang lelaki pada Jumaat lalu.
Perintah reman sehingga 21 Jun itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali di Kompleks Mahkamah Pasir Mas, hari ini.
Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 an hingga 30 an itu direman bagi membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.
Terdahulu, kesemua suspek tiba di Kompleks Mahkamah di sini kira-kira jam 8.50 pagi dengan memakai pakaian lokap dan diiringi anggota polis.
Mereka kemudian dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.
IMedikel TV






