Home Buletin Semasa JPJ LANGKAWI SITA LIMA MOTOSIKAL, PENUNGGANG WARGA ASING TIADA LESEN SAH

JPJ LANGKAWI SITA LIMA MOTOSIKAL, PENUNGGANG WARGA ASING TIADA LESEN SAH

38
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

LANGKAWI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Langkawi menyitalima buah motosikal dalam pelaksanaan Ops Pewa yang memberi tumpuan kepada warga asing yang memandu tanpa lesen memandu sah serta melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menerusi hantaran di laman rasmi semalam, tindakan penguatkuasaan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati kesemua penunggang terbabit gagal mengemukakan lesen memandu yang sah dan diiktiraf untuk digunakan di Malaysia.

”Selain kesalahan tidak memiliki lesen memandu yang sah, pemeriksaan turut mengesan beberapa pelanggaran peraturan jalan raya lain yang berpotensi menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

”Tindakan penyitaan dan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala semua motosikal yang disita dibawa ke Depoh Sita JPJ untuk tindakan lanjut,”menurut kenyataan itu.

JPJ menegaskan operasi berkenaan akan terus dilaksanakan secara berkala, khususnya di kawasan tumpuan pelancong dan lokasi berisiko tinggi di Pulau Langkawi.

Langkah itu bertujuan memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalanraya selain meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya di pulau peranginan tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here