Home Luar Negara LIMA PEMAIN SKI DITEMUI MATI DI SWITZERLAND

LIMA PEMAIN SKI DITEMUI MATI DI SWITZERLAND

159
0

GENEVA: Lima daripada enam pemain ski merentas desa yang hilang di Pergunungan Alps Switzerland pada hujung minggu, ditemui mati, hari ini, kata polis di wilayah Valais.

Katanya, usaha mencari orang terakhir masih diteruskan.

Kumpulan pemain ski itu, yang berusia antara 21 hingga 58 tahun, meninggalkan Zermatt pada pagi Sabtu dengan tujuan untuk sampai ke bandar Arolla, lewat hari itu.

Bagaimanapun, mereka hilang di sekitar gunung Tete Blanche.

Ribut pada hujung minggu menghalang helikopter dan penyelamat daripada sampai ke kawasan itu, tetapi pada petang Ahad, satu pasukan akhirnya dapat diturunkan dengan helikopter berhampiran, kata polis menerusi satu kenyataan.

“Pada jam 9.20 malam (2020 GMT) pasukan penyelamat sampai ke sektor Tete Blanche, di mana mereka menemui mayat lima daripada enam orang yang hilang,” katanya.

Lima daripada enam pemain ski itu adalah ahli keluarga yang sama, tetapi polis belum mendedahkan identiti mayat yang ditemui.

Satu sidang akhbar dijangka diadakan lewat hari ini di ibu kota canton Sion.

Kumpulan itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarga yang sepatutnya menjemput mereka di Arolla pada Sabtu. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here