Oleh: Nur Athirah Azman, IMedikel TV
KOTA BHARU: Membina satu perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah terutamanya bagi produk jenama sendiri kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dikenali ramai.
Bagaimanapun, produk keluaran Femes Beauty mendapat permulaan yang cukup memuaskan sempena hari pertama pelancaran produk tersebut.
Hos Femes Beauty, Siti Haiza Mohamed berkata, pihaknya berjaya mencecah jualan sebanyak 20 set produk pada hari pertama pelancaran produk tersebut.

“Sebenarnya untuk produk skincare bukan senang nak buat jualan. Tetapi alhamdulillah untuk hari pertama terus dapat jualan sebab orang tidak kenal jenama dan tidak tahu kualitinya.
“Kalau ikutkan pada hari pelancaran memang kita bagi harga yang sangat-sangat rendah.
“Lepas ini mungkin ada juga dapat harga yang murah tapi mungkin bergantung kepada event contoh hari raya,” katanya.
Haiza berkata, pihaknya melancarkan produk itu secara langsung di aplikasi Tiktok selama 24 jam berturut-turut untuk memperkenalkan produk dan menarik minat orang ramai.
Jelasnya, bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk Femes Beauty mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta bakal diedarkan di pelbagai cawangan Farmasi termasuk farmasi IMedikel.
Sementara itu, Pengasas Femes Beauty, Anas Zahidi Azmy memberitahu walaupun pihaknya masih belum memperkenalkan produk besar-besaran namun ia mendapat sambutan yang baik.
“Produk ini terdiri daripada tiga barang iaitu “cleansing balm”, “gentle cleanser”, “supple skin essence” dan dijual pada harga RM150 sahaja,”
Namun katanya, ada di kalangan pelanggan yang dapat membeli dengan harga rendah ketika sesi pelancaran iaitu dengan harga bawah RM70 satu set,” katanya.
IMedikel TV






