Home Sukan LEVERKUSEN CATAT REKOD BAHARU BUNDESLIGA

LEVERKUSEN CATAT REKOD BAHARU BUNDESLIGA

156
0

LEVERKUSEN: Robert Andrich memberikan kemenangan 2-1 buat pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen ke atas Mainz, dan rekod baharu Jerman dengan 33 perlawanan tanpa kalah.

Jaringan Andrich dibantu oleh kesilapan penjaga gol Mainz, Robin Zentner, yang gagal menangkap kemas bola.

Kemenangan itu meletakkan mereka 11 mata di depan Bayern Munich dan semakin hampir kepada gelaran pertama Bundesliga kelab berkenaan.

“Kami perlu bersikap jujur dan mengakui kami tidak bermain dengan baik dan cukup bernasib baik untuk menang, tetapi kami tidak akan merungut dengan tiga mata ini,” kata Andrich.

Bayern, yang mengumumkan rancangan mereka untuk melepaskan pengendalinya, Thomas Tuchel pada musim panas ini, akan melayan kunjungan RB Leipzig malam ini.

Leverkusen, yang merakam 29 kemenangan dan seri empat kali dalam 33 perlawanan musim ini, memecahkan rekod Bayern Munich di bawah kendalian Hansi Flick dari tahun 2019 hingga 2020 – deretan keputusan yang turut memberikan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya tidak peduli (tentang rekod) sebelum ia terjadi, tetapi apabila ia berlaku, saya sangat bangga.

“Cukup hebat dapat mencapainya. Ia tidak memberikan pingat tetapi bagi saya ia cukup baik untuk
mengharungi proses itu.

“Kami sedang mencapai sesuatu yang hebat, tetapi kami tidak mahu berhenti,” kata pengendali Leverkusen, Xabi Alonso.

Granit Xhaka membuka jaringan untuk Leverkusen pada minit ketiga, gol pertamanya untuk kelab Jerman itu.

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Mainz menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Dominik Kohr.

Ketika permainan berbaki 20 minit, Andrich melakukan percubaan dari luar kotak penalti dan gagal ditangkap kemas Zentner. – AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here