Home Buletin Semasa LETUSAN ANAK KRAKATAU GANGGU PENERBANGAN, WARGA MALAYSIA DINASIHAT SEMAK STATUS PENERBANGAN

LETUSAN ANAK KRAKATAU GANGGU PENERBANGAN, WARGA MALAYSIA DINASIHAT SEMAK STATUS PENERBANGAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JAKARTA: Aktiviti letusan dan pergerakan abu Gunung Berapi Anak Krakatau mengakibatkan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK), sekali gus menjejaskan beberapa penerbangan antarabangsa termasuk penerbangan dari dan ke Kuala Lumpur.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam kenyataan hari ini menasihatkan warganegara Malaysia yang mempunyai penerbangan dari atau melalui CGK supaya menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing dari semasa ke semasa.

“Langkah itu penting bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung sebarang penjadualan semula penerbangan atau penggunaan laluan alternatif susulan situasi berkenaan.

“Pada masa sama, rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengikuti perkembangan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, khususnya berhubung risiko sebaran abu akibat aktiviti letusan gunung berapi itu,” menurut kenyataan itu.

Bagi mendapatkan bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi di talian +62 21 522 4947 pada waktu pejabat dan +62 813 8081 3036 selepas waktu pejabat.

Kedutaan turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here