Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila kebakaran berlaku susulan letupan di loji oksigen di tenggara Bangladesh hari ini, kata pegawai.
Katanya, angka kematian mungkin meningkat ketika operasi menyelamat sedang dijalankan di kilang di Sitakunda, 40 kilometer dari bandar pelabuhan Chittagong Tenggara.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca yang menyebabkan letupan itu, kata seorang pegawai bomba. Pegawai kerajaan tempatan, shahadat hossain berkata kepada reuters, enam mayat ditemui di lokasi kejadian sambil menambah operasi menyelamat masih diteruskan.
Menurut pegawai polis, nayhanul bari yang memetik kenyataan saksi, satu letupan besar kedengaran yang menggegarkan kawasan dengan radius sehingga dua kilometer. Pada jun lalu, satu kebakaran besar di sebuah depoh kontena di kawasan itu mengorbankan 50 orang dan mencederakan hampir 200 orang.
Sumber: BH Online & AP
– Imedikel TV






