Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang lelaki cedera ringan selepas tersepit dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Kampung Cherang, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.49 pagi itu, kemalangan membabitkan Perodua Axia, Toyota Vellfire dan sebuah van Maxus milik Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Mohd Ruziman Ismail, mangsa yang tersepit berada di dalam Perodua Axia, manakala pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

”Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dan EMRS Pengkalan Chepa tiba di lokasi jam 10.57 pagi selepas menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999.
“Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi yang melibatkan lapan anggota serta dua jentera ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.33 pagi selepas kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan selesai dilakukan.
IMedikel TV






