Home Buletin Semasa LELAKI MAUT DITIKAM

LELAKI MAUT DITIKAM

170
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan maut ditikam akibat kecederaan parah.

Kejadian berlaku di sebuah perhentian bas di Wakaf Siku, di sini kira-kira 11 pagi, pada Sabtu.

Mangsa yang berusia sekitar 30-an tersebut ditemukan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, namun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

Seorang saksi dikenali sebagai Harry, 29, berkata ketika ingin memasuki premisnya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian, dia ternampak mangsa di perhentian bas tersebut dalam keadaan terbaring dan menyangka dia sedang tidur.

Kesan darah mangsa di perhentian bas di Wakaf Siku.

“Saya tidak melihat perkara yang mencurigakan dan setiap hari saya melihat ada individu yang tidur perhentian bas tersebut.

“Selepas dua jam berada di dalam kedai untuk membuat siaran langsung perniagaan dalam talian, ada anggota polis datang untuk bertanya mengenai kejadian itu selain memerlukan kamera litar tertutup di kedai,”katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memberitahu, polis sudah menerima laporan berkaitan kes itu dan kini masih dalam siasatan.

IMedikel TV

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here