Home Buletin Semasa LELAKI DITAHAN CUBA SELUDUP KARKAS BABI

LELAKI DITAHAN CUBA SELUDUP KARKAS BABI

140
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang lelaki ditahan dipercayai cuba menyeludup karkas babi di sini, pada Selasa.

Menurut ciapan di akaun facebook Briged Tenggara PGA, tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat dan Bataliion BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) apabila menahan kenderaan yang dipandu lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan di kawasan rondaan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring CHILLER, di sini.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Mitsubishi itu mendapati kira-kira lebih 5000 kilogram(kg) karkas babi yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.

Suspek seorang lelaki tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup binatang tersebut ke pasaran tempatan.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 204,800.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Chepa untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here