Home Luar Negara LELAKI DIHUKUM PENJARA 25 TAHUN KERANA MEMBUNUH PADA 1996

LELAKI DIHUKUM PENJARA 25 TAHUN KERANA MEMBUNUH PADA 1996

181
0

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 25 tahun semalam, selepas didapati bersalah dalam kes pembunuhan rakan universitinya, Kristin Smart pada 1996.

Hukuman penalti maksimum itu yang dijatuhkan ke atas Paul Flores selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh dengan niat dan terancang, diumumkan oleh pendakwa raya daerah San Luis Obispo menerusi Twitter.

Flores, 46, didapati bersalah oleh 12 juri di Mahkamah Tinggi Daerah Monterey pada Oktober tahun lalu selepas dibicarakan selama tiga bulan.

Kes kehilangan Smart hampir 30 tahun lalu menjadi antara kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan paling sensasi di California.

Flores, yang menjadi suspek utama dalam kes kehilangannya selama beberapa tahun, ditahan dan dituduh menyebabkan kematian Smart pada April 2021.

Smart berusia 19 tahun ketika dilaporkan hilang di Universiti Politeknik California di San Luis Obispo pada 25 Mei 1996, kira-kira 240 kilometer di barat laut Los Angeles.

Kali terakhir gadis itu dilihat ketika menuju ke asramanya dari sebuah parti di luar kampus pada jam 2 pagi.

Pendakwa raya mendakwa Flores membunuh Smart ketika merogol atau cubaan merogol mangsa.

Mayat Smart tidak pernah ditemui, meskipun pihak penyiasat sudah menjalankan pencarian di 18 lokasi.

Sumber: BH Online & Reuters

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here