Marcus Rashford dan Erik ten Hag memenangi anugerah Pemain dan Pengendali terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan Februari.
Penyerang England itu memenangi anugerah berkenaan untuk bulan kedua berturut-turut, mengatasi lima calon lain dan turut menerimanya pada September lalu.
Pemain 25 tahun Manchester United itu menjaringkan lima gol dalam hanya empat perlawanan sepanjang bulan lalu.
Sementara itu pengendali Red Devils menjadi pilihan utama selepas pasukannya tidak tewas dalam saingan liga sepanjang Februari.
Pengendali 53 tahun dari Belanda itu menewaskan dua calon lain – rakan sejawat di di Fulham, Marco Silva dan Antonio Conte dari Tottenham.

Rashford antara watak penting ketika skuad kendalian Ten Hag menewaskan Newcastle United 2-0 pada final Piala Liga di Wembley.
Dia turut mencetus kebangkitan United dalam saingan Liga Europa di Nou Camp, sebelum mereka menewaskan Barcelona di Old Trafford untuk mara ke pusingan 16 terakhir.
Sepanjang tempoh itu, United menewaskan Crystal Palace, mengutip satu mata menentang Leeds United sebelum menewaskan mereka di Elland Road dan mengatasi Leicester City.
“Ia menang baik apabila sentiasa menjadi tumpuan. Dianugerahkan Pemain Terbaik Bulanan, saya rasa sepanjang tiga bulan lalu, ia mampu menjadi milik sesiapa.
“Semua yang dicalonkan layak memenanginya, jadi sudah tentu saya berasa bangga dapat memenanginya sebanyak tiga kali.
“Ia menunjukkan sebagai satu pasukan, kami sedang meningkat dan saya harap kami mampu mengekalkannya,” kata Rashford.
Sumber: BH Online & AGENSI
– Imedikel TV






