Home Segmen Kesihatan LELAKI BERJAMBANG TAMPIL LEBIH YAKIN JIKA DAPAT ATASI LIMA MASALAH INI

LELAKI BERJAMBANG TAMPIL LEBIH YAKIN JIKA DAPAT ATASI LIMA MASALAH INI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Untuk artikel kali ini, jom kita bincangkan berkenaan masalah jambang yang biasanya dilalui oleh golongan lelaki.

Terdapat ramai lelaki yang suka menyimpan jambang untuk kelihatan lebih macho. Namun, ada dalam kalangan mereka yang berjambang tetapi mempunyai beberapa masalah jika tidak diuruskan dengan baik.

Kita teruskan dengan bacaan mengenai lima masalah yang boleh berlaku kepada anda walaupun anda kerap mencukurnya.

Menerusi portal hellodoktor mereka kongsikan beberapa masalah tersebut untuk memberi lebih pengatahuan kepada lelaki berjambang.

Pertama, ia berkaitan dengan kelemumur. Kelemumur tidak hanya berlaku pada rambut sahaja, tetapi boleh juga terjadi pada jambang. Ia boleh menyebabkan gatal-gatal, kemerahan, kulit bersisik, dan serpihan putih pada kulit di bawah jambang anda.

Kelemumur janggut atau jambang biasanya muncul akibat Malassezia, iaitu sejenis yis yang terdapat pada kulit manusia.

Walaupun tiada penawar untuk masalah ini, terdapat cara untuk menguruskannya tanpa perlu mencukur jambang anda.

Gunakan sahaja pembersih kulit yang lembut dan syampu kelemumur untuk mengatasinya. 

Kedua, berkaitan jerawat. Cukur bulu wajah bukanlah penyelesaian bagi masalah jerawat pada jambang.

Jika anda mempunyai jambang, anda mungkin lebih cenderung untuk mengalami jerawat berbanding individu yang tiada bulu di wajah ini.

Ini kerana bulu pada muka boleh memerangkap minyak, bakteria dan sel kulit mati, dan menjadikan jerawat lebih mudah berlaku.

Mencuci muka dengan pembersih lembut dan menggunakan ubat topikal boleh membantu merawat dan mengelakkan jerawat.

Jika ia lebih kronik, anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar dermatologi.

Ketiga, ia boleh menyebabkan keradangan kulit. Cara cukur bulu muka anda juga sebenarnya boleh menyebabkan kerengsaan kulit (dermatitis kontak).

Penggunaan pisau cukur yang tumpul atau tidak sesuai dengan bentuk wajah anda boleh meningkatkan risiko keradangan kulit untuk berlaku.

Bahan kimia atau pewangi tertentu dalam krim cukur juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Bagi mengelakkan masalah ini, gunakanlah pisau cukur baharu dengan empat atau lima bilah mata pisau.

Masalah yang keempat adalah bulu yang tumbuh ke dalam (ingrown hair). Jika anda menggunakan alat cukur bulu muka untuk mencukur jambang, anda juga berisiko untuk mengalami keadaan bulu yang tumbuh pada bawah kulit atau ingrown hair.

Bulu yang sepatutnya tumbuh keluar daripada kulit, hanya berkembang di bawah kulit jambang dan seterusnya menyebabkan gatal-gatal dan benjolan merah yang selesa.

Anda boleh mengurangkan risiko rambut tumbuh ke dalam dengan mencukur sejurus selepas mandi.

Dan yang terkhir adalah jika seseorang tidak mencukur bulu muka, ia akan menyebabkan masalah kutu.

Masalah kutu tidak hanya berlaku pada rambut, tetapi juga boleh membiak pada jambang anda.

Kutu tumbuh subur dalam rambut yang lebih tebal dan keriting. Kutu sememangnya boleh menyebabkan masalah seperti kerengsaan dan kegatalan kulit.

Namun, anda tidak perlu risau kerana masalah kutu ini masih boleh dirawat. Rawatannya adalah sama sahaja dengan cara anda merawat kutu kepala.

Anda boleh mendapatkan syampu berubat yang dijual di farmasi dan gunakannya pada janggut dan jambang anda.

Sebagai alternatif, anda boleh mencukur jambang anda untuk menghilangkan kutu dan biarkan jambang menumbuhkan bulu yang baharu.

Oleh itu, bagi mereka yang suka menyimpan jambang atau misai, anda perlu sentiasa menjaga kebersihan supaya lima masalah di atas dapat ditangani.

Tidak salah jika berjambang sekalipun bukan sahaja untuk kebersihan malah untuk tampil dengan lebih yakin lagi.

IMedikel TV

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here