Home Buletin Semasa LDK PUPUK SEMANGAT KERJASAMA

LDK PUPUK SEMANGAT KERJASAMA

176
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) menerusi Program Intelek Asuhan Rohani adalah bagus bagi memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar khususnya sejak kecil lagi.

Pakar Pemakanan IMedikel, Munirah Ab Ghani berkata kaedah suku-suku separuh adalah diet yang sihat menjurus kepada gaya hidup sihat.

Pakar Pemakanan IMedikel, Munirah Ab Ghani berkata topik yang ditetapkan untuk pelajar LDK adalah “Suku-Suku Separuh” bagi memastikan diet menjurus kepada gaya hidup sihat.

“Kita bagi mereka kenal pengambilan makanan yang suku-suku separuh atau setengah pengambilan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, suku protein seperti ikan dan suku lagi ialah karbohidrat seperti nasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di Permai Beach Resort, di sini, semalam.

Katanya, program LDK itu membabitkan empat kumpulan.

Antara peserta yang menyertai Program Intelek Asuhan Rohani di Permai Beach Resort, di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang pelajar, Nik Nur Ariesya Rania Nik Mohd Arif Fahmi, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang berkata LDK tersebut boleh memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada dirinya terutama dalam pemakanan yang sihat.

“Selain itu, kita juga dapat memupuk semangat kerjasama untuk menyelesaikan latihan yang diberikan oleh penceramah,” katanya.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here