Home Sukan LAUTAN HITAM PUTIH ‘TENGGELAMKAN’ KOTA NEWCASTLE

LAUTAN HITAM PUTIH ‘TENGGELAMKAN’ KOTA NEWCASTLE

167
0

NEWCASTLE: Puluhan ribu penyokong Newcastle United membanjiri kota itu bagi meraikan trofi domestik pertama kelab dalam tempoh 70 tahun, dengan jalanraya bertukar menjadi lautan hitam putih.

Lebih 150,000 dianggarkan hadir untuk menyambut pasukan dan trofi Piala Liga yang dimenangi selepas Newcastle menewaskan Liverpool 2-1 pada final di Wembley, 16 Mac lalu.

Bagi pengendali Eddie Howe, acara perarakan semalam adalah saat cukup menyentuh hatinya apabila kota Newcastle meletakkan kain rentang gergasi di luar St James’ Park bagi menghargainya.

“Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga, kepada Newcastle, cara mereka menghargai saya dan keluarga saya. Saya gembira dapat memberikan kegembiraan ini buat mereka,” kata Howe.

Ketika bas tanpa bumbung yang membawa pasukan serta trofi menghampiri Town Moor, asap putih menyelubungi kawasan berkenaan dan penyokong-penyokong menyanyikan lagi Hey Jude, dengan nama Jude digantikan ‘Georgies’. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here