Home Luar Negara KURANG 24 JAM TEMPOH AKHIR TAMAT, IRAN TETAP TAK ‘TUNDUK’ DENGAN UGUTAN...

KURANG 24 JAM TEMPOH AKHIR TAMAT, IRAN TETAP TAK ‘TUNDUK’ DENGAN UGUTAN AS

91
0

WASHINGTON: Tempoh akhir menjelang malam Selasa (pagi Rabu Waktu Malaysia) untuk Iran menerima perjanjian atau menghadapi apa yang dikatakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai serangan besar-besaran ke atas infrastruktur awam kritikal negara itu.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, tentera Iran bertindak balas dengan tegas dengan mengatakan “retorik sombong dan ancaman tidak berasas” Trump tidak akan menghalang operasi pihaknya terhadap pasukan AS dan Israel.

Lima minggu selepas perang AS-Israel ke atas Iran, pemimpin AS itu menuntut Tehran membuka semula Selat Hormuz untuk kapal antarabangsa menjelang tengah malam Selasa atau menghadapi pusingan pengeboman baharu yang dahsyat.

“Kami mempunyai rancangan… di mana setiap jambatan di Iran akan dimusnahkan menjelang 12 malam esok, di mana setiap loji kuasa di Iran akan gulung tikar, terbakar, meletup dan tidak akan digunakan lagi,” kata Trump, menepis tuduhan bahawa langkah sedemikian akan menjadi jenayah perang.

“Maksud saya sepenuhnya menjelang 12 (tengah malam), dan ia akan berlaku dalam tempoh empat jam – jika kami mahu,” kata Trump pada sidang akhbar di mana beliau turut menceritakan tentang penyelamatan dua anak kapal jet pejuang F-15 AS yang ditembak jatuh di Iran minggu lalu.

Sementara itu, Trump dan Iran berkata, cadangan yang diuar-uarkan oleh pengantara antarabangsa untuk gencatan senjata selama 45 hari masih belum siap.

Trump sebelum ini berkata, rancangan itu, yang menurut media AS sedang dimediasi oleh Pakistan, Mesir dan Turkiye, adalah “cadangan yang penting,” tetapi beliau kemudiannya berkata ia tidak cukup baik.

Media kerajaan Iran memetik pegawai sebagai berkata, Tehran “sudah menolak gencatan senjata dan menegaskan tentang keperluan untuk penamatan konflik yang muktamad.”

Markas pemerintahan pusat tentera Iran, Khatam Al-Anbiya yang bertindak balas terhadap ancaman Trump, menggelarnya sebagai “khayalan” dan berkata, “operasi menghancurkan pahlawan Islam terhadap musuh Amerika dan Zionis” akan diteruskan.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here