Home Buletin Semasa JIM KELANTAN TAHAN 13 PENDATANG ASING

JIM KELANTAN TAHAN 13 PENDATANG ASING

144
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menahan seramai 13 pendatang asing warga Myanmar menerusi Ops Serkap yang dilaksanakan di sekitar Kampung Semut Api, di sini, pada Isnin.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, operasi itu dijalankan pada jam 9.30 pagi dengan kekuatan 17 Pegawai Imigresen dari Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Kelantan.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan tiga perempuan berusia 19 hingga 36 tahun yang ditemukan berada di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tumpangan dalam keadaan bersesak.

“Hasil siasatan mendapati, mereka sedang menunggu agen yang dibayar sebanyak RM4,500 untuk membawa mereka ke Ipoh perak bagi tujuan bekerja.

“Mereka mengaku dibawa masuk pada tengah malam Ahad dengan bot dari negara jiran dan menyusuri Sungai Kelantan sebelum diangkut dengan kenderaan ke lokasi serbuan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here