Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menawarkan kepada semua 6,717 calon yang memperoleh 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ke program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.
Tawaran itu membolehkan semua calon yang mendapat keputusan itu mendapat tempat untuk menyertai program tersebut.
Menurut kenyataan KPM semalam, tawaran itu secara automatik diberikan kepada semua calon yang membuat permohonan tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang.
Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus Bumiputera ke program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas.
IMedikel TV






