Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Seramai 300 Personel MySTEP Pembantu Warden Asrama (MyPWA) dilantik untuk ditempatkan di sekolah berasrama seluruh negara bermula 1 April lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif itu bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah berasrama serta pada masa sama membantu mengurangkan beban tugas guru.
“MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama dapat terus diperkukuhkan,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, pelaksanaan MyPWA akan terus diperluaskan sebagai salah satu ikhtiar yang selari dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM).
Katanya, ia juga bertepatan dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menggariskan keperluan untuk guru mata pelajaran memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
IMedikel TV






