Home Buletin Semasa KPM AMBIL PERHATIAN ISU TULAR TAJAAN PENYAMAN UDARA DI SEKOLAH PUTRAJAYA

KPM AMBIL PERHATIAN ISU TULAR TAJAAN PENYAMAN UDARA DI SEKOLAH PUTRAJAYA

255
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian berhubung satu hantaran tular di media sosial membabitkan seorang pempengaruh yang menaja pemasangan penyaman udara di sebuah sekolah di Putrajaya.

Menurut kenyataan KPM pada Sabtu, pihaknya memaklumkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, yayasan serta individu perseorangan sudah sekian lama terjalin dalam usaha menyelenggara dan menambah baik institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, kementerian menegaskan bahawa setiap bentuk sumbangan perlu dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan ianya lebih teratur dan tidak menjejaskan keselamatan sekolah.

“KPM bertanggungjawab penuh memastikan semua sekolah berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif untuk semua warga pendidik serta murid.

“Pentadbir sekolah juga memainkan peranan aktif dalam mengekalkan persekitaran pembelajaran yang baik,” jelas kenyataan itu pada Sabtu.

Berhubung isu itu, KPM memaklumkan bahawa situasi di sekolah tersebut kini dalam tindakan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP).

“Peruntukan bagi penyelenggaraan dan penambahbaikan fasiliti sudah disediakan kepada institusi pendidikan menerusi JPWPP.

“KPM menegaskan komitmennya untuk terus berusaha menyediakan infrastruktur dan fasiliti pendidikan terbaik demi memastikan kebajikan murid, guru dan seluruh warga pendidikan sentiasa terpelihara,” jelas kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here