Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa penduduk yang berada di kawasan rendah supaya lebih berwaspada bagi menghadapi gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL).
Menterinya, Datuk Aiman Athirah berkata menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kesemua kampung tersebut dijangka mengalami banjir bermula hari ini sehingga Jumaat.
“Kita meminta penduduk untuk berpindah berdasarkan kepada jangkaan dan ramalan daripada agensi yang berkaitan. Ini termasuk juga 30 kampung yang berada di Kuala Krai.
“Memandangkan cuaca adalah dinamik yang boleh berubah, mereka perlu bertindak lebih awal dan cuba untuk menyelamatkan harta benda sendiri sebelum air naik supaya urusan penyelamatan itu tidak sukar, mereka perlu bersiap sedia,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan 500 pek bantuan bekalan keperluan kepada mangsa banjir, di Dewan Perniagaan Cina, di sini, hari ini.
Katanya, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan penyelamat sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke semasa terutamanya di kawasan mudah ditenggelami banjir.
IMedikel TV






