Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN PATAHKAN CUBAAN SELEWENG 450LITER PETROL SUBSIDI

KPDN KELANTAN PATAHKAN CUBAAN SELEWENG 450LITER PETROL SUBSIDI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan seleweng 450liter petrol bersubsidi menerusi serbuan di sebuah premis alat ganti kenderaan di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata serbuan itu dijalankan sepasukan anggota KPDN pada jam 10 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, semua petrol itu diisi dalam 18 tong jerikin dan diletakkan di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback dengan nombor pendaftaran tempatan.

“Namun semasa serbuan, suspek bertindak meninggalkan kereta yang berisi petrol dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebaik menyedari kehadiran anggota penguatkuasa dan sehingga kini masih belum dikesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua rampasan petrol dan kenderaan yang disita itu membabitkan nilai RM5,922.50.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here