Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN MAKLUM BEKALAN MINYAK MASAK BERKURANGAN MUSIM PERAYAAN

KPDN KELANTAN MAKLUM BEKALAN MINYAK MASAK BERKURANGAN MUSIM PERAYAAN

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memaklumkan bekalan minyak masak untuk keperluan pengguna di negeri ini menurun sedikit menjelang Aidilfitri.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, situasi itu berlaku berikutan permintaan tinggi darripada pengguna dan pada masa sama bekalan itu agak berkurangan pada masa ini.

“Bagaimanapun sehingga kini bekalan tersebut masih lagi berada di pasaran termasuk di pasaraya.

“Setakat ini, kita dapati bekalan minyak masak masih ada cuma jumlah itu menurun kerana permintaan ramai pengguna untuk membeli bahan itu untuk menyambut Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 di AEON Mall di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini pihaknya akan memastikan bekalan minyak masa tidak putus bagi keperluan pengguna.

Beliau berkata KPDN Kelantan akan menambah kuantiti bekalan itu mengikut keperluan di pasaran iaitu sebelum dan selepas hari raya.

Mengulas lanjut, Azman berkata, berhubung perkara itu pihaknya juga akan terus membuat pemantauan sebelum dan selepas hari raya puasa.

Katanya terdapat juga 18 pihak pembungkusan semula minyak masak (repacker) yang membekalkan bahan tersebut di negeri ini.

IMEDIKEL TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here