Home Buletin Semasa KPDN AMBIL TINDAKAN URUSNIAGA BARANG KAWALAN TANPA LESEN

KPDN AMBIL TINDAKAN URUSNIAGA BARANG KAWALAN TANPA LESEN

169
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan operasi bersepadu di Wakaf Baru, di sini, pada Selasa.

Menurut ciapan di Facebooknya, hasil pemeriksaan lanjut pada jam 12.00 tengah hari kelmarin itu menyasarkan premis-premis aduan awam, mendapati sebuah premis runcit di Kampung Dalam, Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu, Tumpat, disyaki telah menjalankan urusan jual beli barang berjadual tanpa lesen yang sah KPDN.

Antara barangan yang disita mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, gula pasir kasar 2 kilogram, minyak masak botol 10 kilogram, tujuh tong gas cecair LPG dengan berat keseluruhan 96 kilogram. Nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM263.10.

Operasi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang perdagangan, serta mencegah aktiviti perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pelanggaran undang-undang, boleh menyalurkan aduan mereka melalui talian yang disediakan KPDN.

IMedikel TV



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here