Home Sukan KIPCHOGE, SIFAN SERTAI MARATON NEW YORK

KIPCHOGE, SIFAN SERTAI MARATON NEW YORK

245
0

NEW YORK: Bekas pemegang rekod dunia, Eliud Kipchoge dan juara Olimpik, Sifan Hassan akan membuat penampilan sulung mereka dalam Maraton Bandaraya New York pada November, menurut penganjur New York Road Runners.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, dua pelari terkenal ini sebelum ini menjadi tajuk utama Maraton Sydney bulan lalu, apabila perlumbaan yang berusia 25 tahun itu dinaik taraf ke dalam siri World Marathon Majors. Dalam acara tersebut, Sifan dari Belanda memenangi perlumbaan dengan catatan masa dua jam, 18 minit dan 22 saat.

Sifan yang merupakan wanita ketiga terpantas sepanjang zaman dalam acara maraton, sebelum ini menamatkan Maraton London di tempat ketiga tahun ini dengan masa 2:19:00.

Kipchoge, juara Olimpik di Rio dan Tokyo yang kini berusia 40 tahun, belum lagi memenangi sebarang maraton sejak kemenangan ke-11nya dalam kejohanan utama di Berlin dua tahun lalu.

Pada 2019, dia menjadi individu pertama berjaya menamatkan maraton dalam masa kurang daripada dua jam, satu pencapaian yang disamakan dengan “pendaratan di bulan”. Namun, larian itu tidak diiktiraf sebagai rekod rasmi kerana tidak mematuhi peraturan pertandingan terbuka oleh World Athletics.

New York satu-satunya kejohanan maraton utama yang belum pernah disertai oleh Kipchoge sebelum ini.

Kedua-dua atlet ini akan menyertai barisan pelari elit termasuk juara bertahan lelaki dan wanita Abdi Nageeye dari Belanda dan Sheila Chepkirui dari Kenya serta bekas pemenang Albert Korir dan Evans Chebet, juga dari Kenya. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here