Home Segmen Kesihatan KHASIAT SAFFRON PADA KESIHATAN

KHASIAT SAFFRON PADA KESIHATAN

196
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Saffron berasal daripada bunga Crocus sativus dan merupakan rempah termahal di dunia.

Bunga tersebut banyak terdapat di sekitar Asia Tengah dan ditanam sejak ribuan tahun dahulu.

Ia juga banyak digunakan dalam masakan, perubatan, pewarna dan perasa.

Bunga saffron tersebut boleh direndam di dalam air dan warnanya akan bertukar kepada kekuningan.

Kelebihan mengamalkan air saffron setiap hari adalah:

  1. Sebagai antioksidan
  • Saffron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan. Antara sebatian tersebut ialah seperti crocin, crocetin.
  • Crocin dan crocetin dikatakan mempunyai sifat antidepresan dan melindungi sel otak daripada kerosakan progresif.

2. Berpotensi memperbaiki mood

  • saffron ini boleh dicadangkan sebagai rawatan dalam merawat depresi dan menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan yang baik.

3. Mempunyai sifat untuk melawan kanser

  • Saffron mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini boleh membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya yang menjadi salah satu punca berlakunya kanser.
  • Kesan ini juga dapat dilihat pada sel-sel kanser lain seperti sel kanser kulit, prostat, serviks, paru-paru dan payudara.

4. Boleh membantu mengurangkan simptom PMS

  • bunga saffron juga boleh membantu sindrom pra haid (PMS) wanita.
  • Dalam kalangan wanita berumur 20 hingga 45 tahun, pengambilan 30 miligram saffron setiap hari lebih berkesan berbanding plasebo dalam merawat sindrom pms seperti sakit kepala, mudah marah dan rasa mengidam.

5. Membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan

  • Saffron boleh membantu mengurangkan pengambilan snek dengan cara menyekat selera makan.
  • Pengambilan suplemen saffron membantu mengurangkan selera makan, indeks jisim tubuh, lilitan pinggang, dan jumlah jisim lemak.

Segelintir pengguna ubat-ubatan tradisional mengamalkan gaya hidup sihat dengan membuat minuman daripada beberapa helai saffron.

Namun begitu, ia juga mempunyai kuantiti yang betul untuk minum air saffron ini.

Bagi kanak-kanak dan dewasa disarankan untuk mengambil sekadar 1-2 helai sahaja dalam sehari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here