Home Segmen Kesihatan KETAHUILAH PENGUMPULAN SEBUM JADI PUNCA JERAWAT

KETAHUILAH PENGUMPULAN SEBUM JADI PUNCA JERAWAT

296
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Umumnya, orang ramai pasti mengalami masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah namun ramai yang kurang menyenanginya kerana boleh merosakkan kulit wajah yang cantik.

Ada yang mengalaminya dengan teruk sehingga malu untuk berjumpa dengan orang sekeliling.

Oleh sebab itu, mereka mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan pelbagai produk untuk memulihkan kulit wajahnya tanpa mengenalpasti punca pertumbuhan jerawat itu.

Bagi mereka yang masih kurang pendedahan penyebab atau punca wajah ditumbuhi jerawat, biasanya jerawat tumbuh disebabkan oleh sebum yang dihasilkan dari kelenjar sebum di kulit muka menyebabkan liang pori tersumbat.

Pengumpulan sebum di muka merupakan permukaan terbaik untuk pertumbuhan bakteria ‘Propionibacterium acnes’.

Selain itu, pori muka boleh tersumbat dalam pelbagai punca seperti pendedahan kepada udara kotor, mekap, makan makanan berminyak dan jika tidak dibersihkan dengan betul ia boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Tambahan pula, makanan laut serta kekacang juga salah satu kegemaran ramai, namun ia boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan yang teruk serta lebih berminyak kerana kandungan nutriennya.

Selain itu, gadis atau jejaka muda yang baru mencapai akil baligh juga sangat mudah mendapat jerawat. Hal ini kerana pertukaran hormon dalam badan mereka.

Pertukaran hormon ini akan mengakibatkan kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan sekaligus membawa kepada pertumbuhan jerawat yang banyak.

Di samping itu, kawasan yang sering menjadi sasaran jerawat yang paling umum ialah ‘T-zone’ iaitu bahagian muka yang terdiri daripada dahi, hidung dan dagu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here