Home Buletin Semasa KES PEGAWAI POLIS CABUL ISTERI TAHANAN MASIH DALAM SIASATAN

KES PEGAWAI POLIS CABUL ISTERI TAHANAN MASIH DALAM SIASATAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kes berkaitan pegawai polis yang disiasat berhubung kes cabul isteri tahanan di Pasir Mas, pada Rabu minggu lalu, masih dalam siasatan.

Beliau berkata, pegawai polis berkenaan berusia 30-an manakala wanita isteri tahanan berusia 20-an.

”Kes ini masih dalam siasatan dan pegawai polis berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku apabila pegawai polis itu dipercayai mencabul isteri tahanan di dalam sebuah kereta di Pasir Mas, pada jam 9 malam, Rabu minggu lalu.

Jelasnya, pegawai polis itu dikatakan mengajak wanita terbabit bertemu berhubung suaminya yang ditahan akibat kes dadah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here