Home Buletin Semasa 20 LAGI PANGKALAN HARAM DIJANGKA DIROBOH SEBELUM AKHIR BULAN INI

20 LAGI PANGKALAN HARAM DIJANGKA DIROBOH SEBELUM AKHIR BULAN INI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak 20 lagi pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, sempadan Kelantan–Thailand, dijangka akan dirobohkan sebelum akhir bulan ini sebagai sebahagian daripada operasi berterusan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata setakat ini 25 pangkalan haram telah berjaya dirobohkan sejak bulan lalu.

Menurut beliau, usaha merobohkan pangkalan haram itu dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Tahun ini kita jangka dapat menghabiskan operasi ini dalam masa terdekat, mungkin dalam dua minggu lagi dengan 20 pangkalan haram akan dirobohkan,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini, tiada cubaan daripada mana-mana pihak untuk membina semula jeti yang telah dirobohkan.

Namun, pihak polis mendapati maklumat mengenai operasi tersebut telah bocor, menyebabkan rakit yang digunakan untuk menambat bot dipindahkan ke bahagian Thailand.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here