Home Buletin Semasa KES KEMATIAN JANTUNG MENINGKAT

KES KEMATIAN JANTUNG MENINGKAT

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Penyakit kardiovaskular adalah salah satu pembunuh utama di Malaysia.

Penyakit jantung Koronori adalah penyumbang utama kepada jumlah kematian. Pada 2021, peningkatan kes kematian disebabkan jantung meningkat daripada 13 peratus kepada 17 peratus daripada 109,155 kematian berdaftar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin, dalam satu kenyataan, berkata angka tersebut meningkat 13.2 peratus berbanding yang dilaporkan pada 2016 oleh jabatan perangkaan Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan 14th Asia Pasific Cardiology Update (APCU) 2023, di sini, pada sabtu.

Menurut Dr. Zaini, masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan mereka lebih sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Persidangan APCU 2023 disertai lebih 500 peserta dalam bidang kardiologis.

Dr. Zaini berkata dalam tempoh tersebut banyak tajuk yang menyentuh tentang perkongsian maklumat daripada segi teknologi dan rawatan terkini berkenaan jantung oleh pakar-pakar dari seluruh negara dan juga luar negara.

Bukan itu sahaja, Dr. Zaini juga berharap rawatan yang diberikan boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here