Home Luar Negara KERETA API COKLAT 55 METER CIPTA REKOD DUNIA

KERETA API COKLAT 55 METER CIPTA REKOD DUNIA

138
0

MILAN: Pembuat manisan, Andrew Farrugia melakar sejarah baharu dalam Rekod Dunia Guinness (GWR) selepas menghasilkan arca coklat terpanjang di dunia.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Oddity Central melaporkan, Farrugia dan sekumpulan penuntut dari Institut Pengajian Pelancongan Malta mencipta kereta api diperbuat daripada coklat sepanjang 55.27 meter (m) terdiri daripada enjin wap vintaj dan 22 kereta coklat seberat kira-kira 160 kilogram (kg) setiap satu.

Arca coklat terpanjang di dunia itu diperkenalkan di sini menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun ini, namun Farrugia dan pasukannya mengambil masa selama berbulan-bulan untuk ia dihasilkan.

Perancangan sahaja mengambil masa kira-kira setahun, namun Farrugia mula menghasilkannya pada Oktober tahun lalu, mencipta model tanah liat bagi setiap komponen kereta api.

Kira-kira 5,000 keping coklat dipotong atau diukir di Bergamo, Itali, sebelum dibungkus dengan plastik dan dihantar dengan teliti ke sini.

Pasukan Farrugia menghabiskan masa berhari-hari untuk menyusunnya bagi menyiapkan arca itu sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk.

“Jika dikira, kami menggunakan kira-kira 5,000 keping coklat semuanya dan 180 roda untuk gerabak sahaja,” kata Andrew Farrugia kepada GWR.

“Menerusi rekod ini, saya ingin meninggalkan warisan kepada institut saya, negara saya, dan keluarga saya,” katanya.

Arca coklat berukuran 55.27 m itu lebih panjang daripada kolam renang Olimpik dan hampir menyamai lebar sayap sebuah jet penumpang Boeing 747.

Malangnya, selepas terdedah di luar rumah selama beberapa minggu, kereta api coklat besar itu tidak lagi boleh dimakan. Ia kemudian dicairkan untuk latihan, manakala yang lain digunakan sebagai makanan haiwan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here