Home Buletin Semasa KERAJAAN NEGERI PERUNTUK RM675,000 BANTU PELAJAR SPM DI KELANTAN

KERAJAAN NEGERI PERUNTUK RM675,000 BANTU PELAJAR SPM DI KELANTAN

387
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM675,000 di bawah Program Kecemerlangan Peperiksaan, membabitkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Datuk Wan Roslan Wan Hamat dalam kenyataan di laman sosial Facebook hari ini, setiap DUN menerima peruntukan RM15,000, sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memperkasakan pendidikan rakyat.

“Alhamdulillah, pagi ini selesai Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat Sejahtera (TRS) 2.0 yang berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

“Peruntukan itu diberikan khususnya dalam kalangan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan akses kepada pendidikan tambahan secara percuma,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata TRS 2.0 adalah salah satu inisiatif pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

“Program ini dirangka bagi membantu pelajar meningkatkan potensi diri serta membuat persediaan yang lebih mantap menjelang peperiksaan penting.

“TRS 2.0 dijadualkan bermula pada bulan Julai ini, dan diharapkan mampu memberikan impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar di seluruh Negeri Kelantan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here