Home Buletin Semasa KERAJAAN KELANTAN SERU RAKYAT CEBURI SEKTOR PERTANIAN BUKAN IMPORT SEMATA – MATA

KERAJAAN KELANTAN SERU RAKYAT CEBURI SEKTOR PERTANIAN BUKAN IMPORT SEMATA – MATA

214
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Kerajaan Kelantan menyeru rakyatnya mempelajari ilmu dan teknologi pertanian daripada negara jiran Thailand.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata golongan muda juga digalakkan menceburi sektor pertanian dengan mengadaptasi teknologi moden dalam pertanian.

“Ini bagi mengelakkan kita supaya tidak mengimport produk pertanian dari sana semata-mata.

“Usaha transformasi sektor pertanian dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi tinggi adalah selari dengan perancangan kerajaan Kelantan yang menjadi penyumbang kepada Kelantan Sejahtera 2033.

“Apabila sesebuah teknologi dilaksanakan dengan maksimum, hasil yang diperolehi juga akan lebih baik, berkualiti dan cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Tani, di Dataran Bandar Baharu Pasir Mas, di sini, semalam.

Katanya, teknologi terkini sesuai digunakan dalam sektor pertanian kerana ia akan menyumbang kepada hasil yang lebih baik dan memudahkan kerja-kerja di lapangan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here