Home Buletin Semasa SATU KERTAS SIASATAN DIBUKA – PRK NENGGIRI

SATU KERTAS SIASATAN DIBUKA – PRK NENGGIRI

154
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung satu kenyataan daripada seorang ahli politik dalam satu ceramahnya di Unit Daerah Mengundi (UDM) Bertam Baru, di sini.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, kenyataan itu dibuat oleh ahli politik berkenaan sempena Pilihan raya Kecil (PRK) Nenggiri pada 3 Ogos lalu.

“Laporan itu saya ambil perhatian dan kita akan lakukan siasatan lanjut berkenaaan kenyataan itu.

“Kita membuka kertas siasatan untuk kes berkenaan mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas di sini, hari ini

Terdahulu, tular satu kenyataan seorang ahli politik berhubung isu sebahagian besar permohonan pemilikan tanah yang sudah diluluskan oleh kerajaan negeri tidak diselesaikan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here