Home Buletin Semasa KERAJAAN KELANTAN PASTIKAN BANTUAN DISALURKAN KEPADA MANGSA BANJIR

KERAJAAN KELANTAN PASTIKAN BANTUAN DISALURKAN KEPADA MANGSA BANJIR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bersama agensi negeri dan persekutuan akan memastikan keselamatan, kebajikan dan bantuan disalurkan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, beliau meruntun jiwa apabila melihat rakyat negeri ini yang terpaksa meninggalkakn rumah akibat banjir yang bermula semalam.

“Keadaan ini sangat meruntun jiwa.

“Dalam mesyuarat hari ini, saya mendengar taklimat daripada beberapa ketua jajahan mengenai perkembangan terkini mangsa banjir.

“Segala kemudahan yang disediakan akan disalurkan bagi memastikan kebajikan serta bantuan kepada mangsa dapat disegerakan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama pimpinan negeri menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan sebelum bergerak ke PPS di SK Tapang dan SK Pengkalan Kubor.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Rohani Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin, ADUN Tawang, Harun Ismail dan ADUN Jelawat, Zameri Mat Nawang.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat agar sentiasa berwaspada, berpindah lebih awal jika diarahkan, dan memberi kerjasama demi keselamatan bersama.

“Teruskan berdoa memohon kepada Allah agar diangkat ujian ini dan mengurniakan kesejahteraan buat Negeri Kelantan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here