Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seramai 5,897 mangsa daripada 2,187 keluarga masih berlindung di 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di empat jajahan berikutan situasi banjir di Kelantan setakat jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan Bilik Gerakan Banjir Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, PPS yang dibuka melibatkan jajahan Tumpat, Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 11 operasi pemindahan turut dijalankan di tiga jajahan iaitu Tumpat, Bachok dan Kota Bharu, membabitkan seramai 67 mangsa yang berjaya dipindahkan.
Sementara itu, hasil pemantauan menunjukkan paras air sungai di seluruh negeri masih berada pada paras normal.
Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan cuaca di Kelantan dilaporkan hujan berterusan tahap waspada yang membabitkan semua daerah sehingga esok.
IMedikel TV






