Home Buletin Semasa APM KELANTAN BANTU BAWA JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN SUSULAN LALUAN DILANDA BANJIR

APM KELANTAN BANTU BAWA JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN SUSULAN LALUAN DILANDA BANJIR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan membantu menguruskan pengebumian seorang jenazah selepas laluan menuju ke tanah perkuburan terjejas akibat banjir dengan paras air setinggi pinggang, hari ini.

Timbalan Pengarah APM Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata, jarak lokasi pengambilan jenazah di Masjid Haji Omar ke Tanah Perkuburan Beris Arab, Kampung Senang, adalah kira-kira dua kilometer.

“Kami menerima panggilan berhubung tersebut kira-kira jam 10.34 pagi.

“Seramai tujuh anggota terbabit dalam operasi menyediakan khidmat kenderaan dan pengurusan pengebumian jenazah.

“Proses pengangkutan jenazah bermula pada jam 11.00 pagi dan selesai kira-kira satu jam kemudian,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebuah lori APM digunakan bagi membawa jenazah memandangkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan biasa berikutan banjir.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here