Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT 5,574 ORANG, PASIR PUTEH TURUT DILANDA BANJIR

MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT 5,574 ORANG, PASIR PUTEH TURUT DILANDA BANJIR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat seramai 5,574 orang membabitkan 2,086 keluarga setakat jam 3.45 petang ini.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Puteh menjadi daerah terbaru dilanda banjir.

Menurut kenyataan itu, setakat ini kesemua mangsa banjir di empat daerah di negeri ini ditempatkan di 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Daerah Tumpat mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini iaitu 2,978 daripada 1,238 keluarga dan ditempatkan di 10 PPS.

Disusuli daerah kota Bharu iaitu seramai 1,364 mangsa banjir daripada 483 keluarga. Kesemua mangsa banjir daerah itu ditempatkan di 11 PPS.

Manakala Bachok mencatat seramai 1,176 daripada 350 keluarga berlindung dia empat PPS di daerah itu.

Pasir Puteh yang menjadi daerah terbaru dilanda banjir di negeri ini mencatat seramai 56 mangsa daripada 15 keluarga.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here