Home Buletin Semasa KEPUTUSAN CEMERLANG HADIAH TERAKHIR UNTUK IBU TERCINTA

KEPUTUSAN CEMERLANG HADIAH TERAKHIR UNTUK IBU TERCINTA

138
0

BACHOK: Tiada rahsia kejayaan.Cuma hanya menitik beratkan adab dengan orang tua. Itu kata pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab, SMU (A) Darul Iman, Beris Lalang di sini, yang tular baru-baru ini, apabila mencapai keputusan cemerlang 11 a walaupun terpaksa menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Team i medikel tv berkesempatan ke rumahnya di kampung kandis, semalam.

Pelajar berkenaan, muhammad syahril saidi, 18 berkata, dia tidak menjangkakan akan mendapat keputusan tersebut kerana pada peperiksaan percubaan, dia hanya mendapat 8 a sahaja.

“saya tak jangka pun cuma berdasarkan apa yang saya jawab dalam peperiksaan tu saya menjangkan hanya kredit je, tu je harapan saya. Alhamdulillah rezeki allah bagi.

Katanya keputusan percubaan tidak sebaik keputusan sebenar kerana dia memperoleh gred g dalam subjek matematik.

“Masa saya dapat g tu, dorongan daripada guru-guru banyak, terutama guru matapelajaran saya, cikgu fakarudin dasn cikgu siti zaharah dan banyak cikgu-cikgu lain bagi support dorongan untuk belajar dengan betul cara matematik untuk guna applikasi dalam peperiksaan nanti.”

Ibunya, tuan faridah tuan ismail, 54, padanya awalnya menghidap darah tinggi sebelum disahkan menghidap strok sejak 2019.

Manakala ayahnya meninggal dunia ketika syahril masih di darjah satu.

Menurut syahril, setiap hari dia akan menguruskan ibunya sebelum ke sekolah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumahnya.

“saya bagi masa saya, dalam sehari memang ada 24 jam tapi keberkatan waktu tu kita tak tahu duduk kat mana.

“Subuh tu saya akan siapkan umi saya dulu. Sekolah saya start 7.30. Jadi sebelum 7.30 kena sampai di sekolah. Kalau ada tambahan saya masuk tambahan, saya uruskan umi pula. Malam pula saya bukan baca cuma saya siapkan kerja sekolah cikgu bagi sebab tu merupakan amanah. Tu salah satu adab dengan guru.” Kata Syahril.

Sementara itu, team i medikel tv sempat menemubual seorang guru syahril yang menziarah ibunya di rumah.

Penolong kanan pentadbiran, wan azlee wan ibrahim yang juga pernah mengajar subjek usuluddin kepada syahril ketika tingkatan tiga.

Beliau menyifatkan syahril adalah seorang pelajar yang menepati konsep kementerian pendidikan malaysia, anak yang baik lagi cerdik (abc) iaitu melahirkan generasi bijak pandai dan mempunyai sahsiah diri yang baik.

“Setakat yang saya kenali dia lah, kali pertama di pergi ke sekolah tu, tingkatan satu sampai tingkatan 5 dia seorang yang mithali atau pelajar yang baik”

“Dia sebagai contoh sebagai icon kepada pelajar lain dan ringan tulang. Suka membantu guru pelajar lain dan semua sekali lah. Jadi adab dan sahsiah tu ABC lah” katanya.

Sebagai guru, Wan Azlee berharap agar pelajar-pelajar yang menduduki SPM tahun ini dapat mencontohi syahril

“Kami sebenarnya mengharapkan sebagaimana adik syahril ni orang lain begitu juga. Komitmen dari segi belajar dari segi kesungguhan walaupun ujian banyak tetapi masih lagi terus belajar dan boleh capai sebagaimana adik syahril capai ini. Orang lain pun bukan tak boleh kita semua boleh. Cuma usaha tu yang paling penting.” katanya ketika temu bual bersama wartawan ImedikelTV.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here