Home Buletin Semasa CHICKEN CHOP PERCUMA UNTUK PELAJAR CEMERLANG SPM

CHICKEN CHOP PERCUMA UNTUK PELAJAR CEMERLANG SPM

160
0

PASIR MAS: Bahang menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM sudah tamat. Sudah tentu mereka meraikan dengan pelbagai cara bersama ibu bapa dan rakan.

Di kesempatan itu, seorang pengusaha kedai makan, Rizqi D’Café, di Pasir Mas, di sini, mengambil peluang untuk menghargai pelajar cemerlang dengan keputusan 8A dan ke atas untuk dirai dengan menghidangkan satu menu percuma untuk mereka.

Menurut pemiliknya, yang dikenali sebagai Yunie, 41, tercetusnya idea tersebut adalah semata-mata sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang cemerlang.

Yunie berkata, kebiasaannya selepas mendapat keputusan SPM, mereka meraikan bersama keluarga, tetapi tidak salah baginya untuk sama-sama berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan menyediakan makanan percuma kepada pelajar berkenaan.

Setiap tahun kita raikan pelajar cemerlang bermula UPSR, PT3 dan SPM. Supaya mereka happy dapat makan, kita pun seronok tengok adik-adik yang cemerlang ni makan.

Katanya, penebusan chicken chop selama dua hari bermula hari jumaat dan berakhir semalam  iaitu pada 9 dan 10 jun 2023.

Tambah yunie yang juga graduan undang-undang dari universiti islam antarabangsa malaysia (uia), penghargaan itu bermula sejak 2015.

Yunie berkata, hidangan percuma yang diberikan adalah set makanan barat iaitu chicken chop.

“Pada awalnya cadangan suami nasi ayam penyet tapi menu tu selalu habis awal, so kita tak nak budak datang dan kecewa andaikata menu kita tu habis. Jadi kami bersepakat untuk pilih chichen chop sebab memang makanan kegemaran kanak-kanak dan remaja”, katanya.

Seorang pelajar Ahmad Zaim Irfan Mohd Zaki, 18, yang mencapai keputusan cemerlang 11A 1B dalam SPM berkata, dia dan rakannya dimaklumkan berkenaan menu percuma itu melalui tangkap layar facebook yang dihantar ke whatsapp rakan-rakanya.

“Result saya alhamdulillah dapat 11 A 1B. Plan saya, saya nak ambik aircraft engineering. Saya nak ambik asasi sains fizik UIA.”

Seorang lagi pelajar, yang dikenali Ili, 18, dia mencapai keputusan 8A dalam SPM gembira dapat menikmati makanan percuma yang disediakan di kedai yuni.

Anak bongsu daripada empat beradik itu merancang untuk menjadi seorang guru dan dia bakal melanjutkan pelajaran di institut perguruan.

Dia yang datang bersama kedua ibu bapanya sempat memberi tips untuk adik-adik yang bakal menduduki spm tahun ini.

“Yang paling penting kena ada adab yang baik kepada ibu bapa dengan guru-guru. Lepas tu, kena study hard study smart,” katanya.

Rizqi D’ café menyediakan lebih 100 menu termasuk menu paling laris nasi ayam penyet, chicken chop dan spicy ramen cheese.

Yunie berkata kedainya dibuka setiap hari bermula jam 2.30 petang hingga 11 malam kecuali selasa.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here