KOTA BHARU: Siapa sangka di usia 77 tahun, namun dek kerana minatnya sejak kecil, warga emas tersebut mendalami kemahiran membuat sangkak dan menjadikan ia sebagai pendapatan utamanya.
Menurut Mohd Noor Jusoh, dari Kampung Kandek, Kuala Krai, berkata, walaupun kemahiran itu dipelajari ketika masih kanak-kanak, namun dia hanya aktif membuat sangkak itu sejak 20 tahun lalu.
“Satu masa dahulu saya menjalin sangkak menggunakan akar kayu, namun kini bertukar kepada buluh kerana lebih cantik dan menarik untuk dijual.
“Bagi proses menggunakan buluh, sebulan sekali saya dan isteri, Noriah Majid akan masuk ke hutan yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah kami,”katanya.
Katanya, dalam 20 batang buluh itu dia dapat habiskan dalam tempoh sebulan selain bergantung kepada tempahan yang diterima dari seluruh negara.