Home Buletin Semasa APM KELANTAN SIAP SIAGA HADAPI MTL

APM KELANTAN SIAP SIAGA HADAPI MTL

123
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Kira-kira 980 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir di negeri ini dengan kedatangan Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarahnya Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, 920 daripadanya terdiri daripada anggota dan sukarelawan yang ditempatkan di setiap daerah.

“APM turut menyediakan 104 kenderaan terdiri daripada kenderaan laut dan darat.

“Bukan itu sahaja, APM juga turut menyediakan 60 buah bot penyelamat jenis aluminium, bot fiber, ‘rigid inflatable boat’ dan bot amfibia.

“Manakala selebihnya, ia melibatkan kenderaan darat yang terdiri daripada lori serta pacuan empat roda,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutup Latihan Persediaan MTL di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai APM Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin.

Mohd Adzhar berkata, bagi menghadapi MTL pada tahun ini, pihaknya melakukan persediaan awal dengan memberi latihan kepada pegawai, anggota dan sukarelawan yang akan terlibat dengan banjir.

“Pihak kami turut mengumpulkan logistik lebih awal selain mengenal pasti kerosakan dan membaiki aset sekiranya ada yang bermasalah,” katanya.

Tambahnya, setakat ini kira-kira 600 ‘hotspot’ banjir yang menjadi tumpuan APM seperti di daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here